fbpx

Biasa Dengar Daging Harimau Menangis, Kali Ini Kita Buat Versi Meraung. Yang Penting, Rasa Nya Masih Sedap Dan Cair Di Mulut Tau!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Daging Harimau Menangis kan? Apa kata kali ini kita cuba buat Daging Harimau versi meraung pula, rasanya masih sedap dan padu. Dapat pula dicicah dengan Sambal Pencicah yang cukup rasanya, memang tak cukup makan sikit sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Afy AL Habibi perkongsian resipi Daging Harimau Meraung ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

500 g daging (basuh bersih)

Bahan B (Bahan Perapan):

1 senduk kecil sos blackpepper

1 senduk kecil kicap lemak manis

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil lada hitam kisar

Secubit dua serbuk kunyit

Sedikit perencah secukup rasa

Kuantiti agak-agak sahaja

Bahan C (Bahan Tumbuk):

1 batang serai

Sehiris nipis halia

Seulas bawang putih

Tambahkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul mesra kesemuanya.

Perapkan selama setengah jam.

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan pan dengan satu sudu minyak.
  2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
  3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. Pastikan baki sos perapan tadi tidak dibuang.
  4. Seterusnya, daging yang dibakar jangan terlalu lama sebab nanti rasa daging kering. Kalau nak tahu masak atau tak, boleh hiris sikit dan jika nampak daging warna merah jambu pudar tanpa air darah, sudah dikira okay.
  5. Sementara menunggu daging dimasak, boleh siapkan sambal pencicah.
  6. Akhir sekali, sebelum daging diangkat, masukkan lebihan sos tadi dan saute kan seketika. Hiris daging nipis-nipis.

Bahan D (Sambal Pencicah):

3 tangkai cili merah

4 tangkai cili padi hijau

Sehiris nipis halia

1 relung kecil nisan atau gula melaka

4 sudu besar sos ikan

(Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong)

Perahan sebiji asam limau nipis

Sehiris lemon

2 ulas bawang putih (Diracik halus)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon serta 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
  3. Kemudian, perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Afy AL Habibi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x