fbpx

Resipi Kuih Raya, Buah Rotan. Terasa Crunchy Nya Bila Dimakan Dan Sedap

iCookAsia

Raya pun dah dekat, mesti tengah fikir nak buat kuih apa untuk dihidangkan kepada tetamu nanti. Tak perlu risau, buat yang simple, mudah dan sedap pun dah jadi. Antaranya kuih raya buah rotan ini. Sangat sedap bila dimakan, rangup rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noraini Masrah perkongsian resipi Buah Rotan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 bungkus tepung pulut

Setengah cawan gula

1 cawan santan

1 sudu kecil garam

2 biji telur putih

Bijan secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan santan, gula dan garam. Masak sampai mendidih dan tutup api.
  2. Kemudian, satukan tepung dan putih telur, ramas-ramas sehingga menjadi sebati.
  3. Setelah sejuk, tuang santan sedikit demi sedikit dan di uli menjadi doh.
  4. Doh tadi dibuat bentuk bebola kecil dan digolek dengan bijan.
  5. Akhir sekali, gorengkan dengan api perlahan sehingga masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noraini Masrah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x