fbpx

Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Ringkas Dan Memang Sedap

iCookAsia

Sebut sahaja mengenai pulut, mesti ramai yang suka makan kan? Mana tidaknya, ia sangat sedap dan sesuai dijadikan santapan petang bersama keluarga. Apa kata anda cuba resepi Bubur Pulut Hitam yang ringkas dan sedap ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Adira perkongsian resipi Bubur Pulut Hitam ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut hitam (Direndam 5-6 jam dan toskan)

4 cawan air

1 cawan gula pasir

2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)

2 helai daun pandan (Disimpul)

1 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebuskan pulut hitam dengan air sehingga pulut kembang dan pekat.
  2. Masukkan gula pasir, santan cair, daun pandan, dan garam.
  3. Masakkan lagi dan kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih. Tutup api.
  4. Kemudian, panaskan santan pekat dengan sedikit garam di dalam periuk lain sehingga mendidih sambil sentiasa mengacaunya.
  5. Sendukkan pulut hitam yang sudah dimasak tadi ke dalam mangkuk.
  6. Akhir sekali, letakkan sedikit santan yang sudah dimasak dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Adira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x