Biasa kita makan Rendang Ayam atau Rendang Daging kan? Apa kata kali ini kita cuba buat Rendang Kerang pula. Ikut sahaja caranya dan yang penting, sedap tau. Memang nikmat dapat makan waktu beraya ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zamaira Yunus perkongsian resipi Rendang Kerang ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Dikisar):
1 kg isi kerrang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar merah
3 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari)
Lengkuas (sebesar ibu jari)
4 ulas kunyit hidup
2 biji buah keras
10 tangkai cili api
Segenggam cili kering
2 batang serai
Bahan B:
1 batang serai (diketuk)
2 asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik (Boleh beli yang siap punya)
1 kotak kecil santan Kara
Gula melaka (Optional-kalau tiada tak apa)
Cara membuat:
- Mula-mula, cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Toskan sebentar.
- Kisarkan kesemua bahan A.
- Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama dengan api yang perlahan.
- Kemudian, masukkan gula melaka, asam keping dan santan. Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak.
- Jika sudah pecah minyak, masukkan kerisik dan kerang. Kacau dengan api sederhana besar.
- Seterusnya, apabila nampak kering sikit perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan, terpulang pada individu.
- Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.
- Akhir sekali, apabila sudah nampak betul-betul masak tutup api dan boleh hidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zamaira Yunus(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity