fbpx

Jom Buat Mee Jawa Yang Sedap Dan Boleh Buat Terliur

iCookAsia

Selalu makan nasi kan untuk tengahari? Apa kata kita ubah selera sikit dan cuba buat hidangan Mee Jawa ini. Sedap tau dan memang terliur Admin tengok. Puas hati dapat makan hidangan ni. Ikut sahaja resepi ini seperti yang disediakan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozielawatie Ayunie perkongsian resipi Mee Jawa ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Kuah):

1/2 kg keledek (direbus dan dikisar)

5 biji bawang merah (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

3 batang serai (kisar)

Sedikit halia (kisar)

Sedikit lengkuas (kisar)

100 gm udang kering (kisar)

2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar serbuk kari daging

Air rebusan daging secukupnya

Garam dan gula secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dalam periuk.
  2. Kemudian, tumis semua bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan serbuk kari serta kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Boleh dihidangkan.

Bahan Lain:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging yang telah direbus dan dihiris

1 bungkus fishcake (dicelur dan dihiris nipis, ditambah)

300 gm taugeh (dicelur)

3 keping tauhu (dihiris nipis)

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng

Cili hijau atau cili merah (dihiris)

Telur rebus

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozielawatie Ayunie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x