Biasa kita makan tauhu bergedil, kali ini Admin nak share tauhu berlauk pula. Dia macam sama tapi tak serupa. Sedap dimakan dengan sambal kicap juga!
Jom kita try.
Terima kasih untuk Roslina Shaari Ina Kie atas perkongsian resipi Tauhu Berlauk ini 😊
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu 4 segi
3 bungkus tauhu telur
2 ketul isi ayam
3 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah
1 sudu serbuk perasa
Garam
Cara-cara:
1. Kisar halus tauhu 4 segi, tauhu telur, isi ayam dan telur sehingga halus tanpa air.
2. Campurkan kesemua bahan lain dan gaul rata.
3. Panaskan pengukus, sapukan minyak ke dalam acuan dan masukkan adunan. Kukus selama 10 minit.
4. Sejukkan.
5. Pukul telur dan letak sedikit garam dan tepung jagung.
6. Panaskan minyak, celup tauhu ke dalam telur dan boleh digoreng sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Roslina Shaari Ina Kie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity