fbpx

Cari Idea Nak Jual Kuih Apa? Cuba Jual Lompang Pandan.

iCookAsia

Lompang pandan ni antara kuih yang susah nak jumpa. Kalau jual, mesti laku kan? Nak buat untuk makan sendiri pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozza Roha atas perkongsian resipi Lompang Pandan ini 😊

Bahan-bahan A:
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan air pati daun pandan
Sedikit perwarna hijau
Secolek kapur sireh
Sedikit garam halus

Cara membuat:
1. Masak bahan-bahan A sehingga mendidih dan gula hancur. Tutup api.
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam besen.
3. Masukkan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang sudah sejuk. Kacau sebati.
4. Tambah sedikit garam halus dan sireh.
5. Masukkan sedikit pewarna hijau jika ingin pekatkan warna kuih. Kacau sehingga larut dan tapiskan.
6. Panaskan pengukus. Oleskan minyak dalam acuan lompang.
7. Setelah air pengukus mendidih, panaskan sekejap acuan lompang.
8. Kacau-kacau bancuhan dan tuang ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit menggunakan api sederhana.
9. Hidangkan dengan kelapa parut yang sudah dikukus sebentar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Rozza Roha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x