Kadang-kadang mesti teringin nak makan hidangan yang simple tapi sedap. Apa kata anda cuba buat resepi yang Admin nak kongsikan hari ini. Memang perfect bagi sesiapa yang sukakan cheese, mesti tak cukup makan satu sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Shima Uci perkongsian resipi Basque Cheese Bread ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
5 sudu makan butter
5 keping cheese
3 sudu makan gula
1/2 cawan susu
2 biji kuning telur
Bahan B (Bahagian atas):
Kepingan cheese slice
Cara membuat:
- Mula-mula, kacau semua atas api yang sederhana sehingga likat.
- Kemudian, biarkan ia sejuk dan sapu atas kepingan roti.
- Letakkan kepingan cheese atas roti tadi.
- Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 180°c selama 10 hingga 15 minit atau sehingga permukaan roti garing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shima Uci(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity