fbpx

Resipi Kuih Apam Mekar Yang Lembut Dan Gebu. Memang Sedap Rasanya!

iCookAsia

Sedap kan kalau dapat makan sesuatu yang lembut dan gebu untuk makan petang? Apa kata anda cuba buat Kuih Apam Mekar ini, senang sahaja cara nak buat dan hanya memerlukan bahan yang mudah didapati sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nor Aini Abd Rahman perkongsian resipi Kuih Apam Mekar ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji telur

1/2 cawan susu full cream

1/2 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu teh ovallete

Paper cup

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, putarkan dengan mixer sehingga adunan kembang warna putih.
  3. Bahagikan adunan.
  4. Letakkan pewarna makanan dan adunkan rata. Paipkan ke dalam paper cup.
  5. Akhir sekali, kukus selama 10 minit dengan api besar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Aini Abd Rahman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x