Mesti ramai yang suka makan Kuih Nona Manis kan? Admin tak sabar nak cuba resepi yang mudah dan sedap ini. Biasa beli sahaja kan, apa kata kali ini kita cuba buat pula. Lagi jimat dan boleh makan banyak pula tu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Aini Mohamad perkongsian resipi Kuih Nona Manis ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Adunan Hijau):
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 cawan air pati pandan
2 cawan setengah atau 3 cawan tepung gandum (Kena agak-agak sukatan)
3/4 cawan gula (Kalau suka manis boleh tambah)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Kalau sesiapa suka telur, boleh masukkan telur
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan kesemua bahan hingga sebati.
- Kemudian, tapiskan dan masak dengan api sederhana sehingga naik wap dan adunan tidak terlalu pekat. Sentiasa kacau.
- Isikan suku penuh dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Bahan B (Adunan Putih):
3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Satukan kesemua bahan hingga sebati.
- Kemudian, tapiskan dan masak sehingga naik wap dan agak pekat. Jangan sampai berketul. Gunakan api perlahan sahaja dan sentiasa kacau.
- Setelah suam, masukkan ke dalam botol sos yang ada muncung.
- Akhir sekali, paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aini Mohamad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity