fbpx

Jom Masak Ikan Rebus Air Asam Dengan Bendi Rebus. Memang Berselera Makan Hidangan Ini

iCookAsia

Dapat makan masakan kampung ini memang sedap. Mesti makan nasi pun bertambah dan berselera tau. Apatah lagi dihidangkan dengan nasi panas. Walaupun simple tapi rasanya memang padu dan sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Akma Abdullah perkongsian resipi Ikan Rebus Air Asam Dengan Bendi Rebus ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan (Rebuskan bersama dengan asam keping dan garam)

Bendi (Rebus)

2 biji bawang kecil (Hiris nipis)

2 ulas bawang putih (bakar dan ketuk)

Air asam jawa (bancuh air asam jawa dengan menggunakan air rebusan ikan tadi)

Belacan (Dibakar, ikut selera masing-masing)

Cili (Tahap kepedasan mengikut selera masing-masing)

Garam

Gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan kesemua dalam satu bekas kecuali air asam jawa dan ikan.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa dan picitkan cili, belacan, bawang, garam dan gula.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.
  4. Tuangkan atas ikan yang sudah dibuang tulang dan gaulkan.
  5. Akhir sekali, boleh makan dengan bendi rebus atau sayur yang suka.  

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Akma Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x