Siapa di sini suka makan Buko Pandan? Kalau pekena hidangan ini waktu panas memang nikmat. Ditambah pula dengan kepelbagaian isi yang diletak dalam buko tersebut. Nak buat senang sahaja tau. Boleh cuba di rumah nanti.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Aisyah Humaira perkongsian resipi Buko Pandan Filipina ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk perisa pandan (Masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan)
1 cawan teh biji sagu
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia (Jika kurang kuah boleh lebihkan)
1 cawan teh whipping cream non diary (Pukul tak perlu sampai kembang)
1 cawan air gula (Ikut tahap manis yang disukai)
1 mangkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
Buah logan (Jika suka, nak letak buah laici pun boleh, tapi jangan masukkan air laici)
Setengah cawan biji selasih (Rendamkan dalam air panas)
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan kesemua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
- Kemudian, masukkan ais.
- Akhir sekali, seimbangkan rasa manis lemak cream mengikut selera masing-masing. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity