Makan Sotong Bakar bersama Sos Thai memang nikmat dan padu rasanya. resepi yang ditunjukkan ini pun sangat simple, mudah dan sedap tau. Boleh la beli sotong banyak-banyak dan makan puas-puas. Cuba sekali, mesti nak lagi.
Jom kita try.
Terima kasih untuk perkongsian Ann Jelani resipi Sotong Bakar Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Sotong (Dicuci dan dikelar)
Garam
Gula
Cara membuat:
- Mula-mula, gaulkan sotong tersebut dengan sedikit garam dan gula.
- Kemudian, bakar sekejap. Nak bakar dalam kuali ajaib pun boleh.
Bahan B (Untuk Sos):
4 ulas bawang putih (Potong dadu)
6 cili padi (Potong)
1 pokok daun ketumbar (Potong)
Sos cili thai (Ikut nak guna banyak mana)
1 sudu besar sos cili
Gula (Untuk bagi sedikit manis)
2 sudu air perahan limau nipis (Lagi sedap berbanding limau kasturi)
Sedikit garam
Cara membuat:
- Mula-mula, gaulkan kesemua bahan dalam satu mangkuk.
- Kemudian, gaulkan sebati.
- Akhir sekali, tuangkan atas sotong bakar yang sudah disusun dalam pinggan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ann Jelani(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity