Sekarang kan musim durian, mesti ramai yang pergi beli durian kan. Dah beli durian tu, boleh buat Serawa Durian juga. Nikmat makan dengan berlemak serawa tersebut. Confirm puas hati dapat makan.
Terima kasih Ruqayyah Farhani untuk perkongsian resipi Serawa Durian ini 🙂
Bahan- bahan:
Durian
Santan
Gula melaka
Daun pandan
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan air. Letak gula melaka dan daun pandan.
- Kemudian, pastikan gula melaka tadi cair terlebih dahulu.
- Masukkan santan.
- Kacau-kacau sikit supaya rata.
- Akhir sekali, boleh terus masukkan durian. Api jangan kuat. Kejap-kejap kena kacau supaya tidak berketul. Masak perlahan sehingga rasa durian tersebut mersap bersama kepekatan kuah. Boleh ubah mengikut kepekatan yang masing-masing suka. Kacau sekejap sampai kuah pekat. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ruqayyah Farhani(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity