fbpx

Jom Buat Kuih Makmur Dengan Inti Kacang Badam. Memang Sedap!

iCookAsia

Siapa di sini suka makan kuih sambil tengok cerita? Kalau buat sendiri lagi puas. Dapat makan banyak. da h boleh buat Kuih Makmur juga. Rasanya pun sangat sedap, makan satu mesti nak lagi.

Terima kasih Azura Felula untuk perkongsian resipi Kuih Makmur ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

4 cawan tepung gandum (Boleh sangai dulu)

1 tin kecil minyak sapi QBB

2/3 cawan gula icing (diayak)

Secubit garam

Bahan B:

2 cawan badam hancur (dibakar 10 minit dalam oven)

3/4 cawan gula icing

2 sudu besar butter

Cara membuat:

  1. Mula-mula, ayak tepung gandum dan gula aising. Kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi adunan yang lembut.
  2. Sementara itu,campur badam yang tengah dibakar ke dalam butter dan gula aising. Kacau sebati hingga menjadi paste atau inti.
  3. Ambil sedikit adunan dan masukkan inti badam dan bulatkan mengikut bentuk yang disukai.
  4. Bakar pada suhu 160′ selama 20 minit mengikut suhu oven masing-masing. 
  5. Akhir sekali, salut kan dengan gula aising.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azura Felula(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x