fbpx

Resepi Mudah Dan Menyelerakan, Terung Masak Berlada

iCookAsia

Penggemar sayur mesti cuba resepi Terung Masak Berlada. Mudah sahaja cara penyediaanya dan sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas. Nikmat dia memang tak terkata. Boleh buat untuk makan malam nanti.

Terima kasih Shikin Shikin untuk perkongsian resipi Terung Masak Berlada ini 🙂

Bahan- bahan:

5 biji terung (Potong dan goreng dalam 2 atau 3 minit sahaja)

20 biji cili api merah dan hijau

2 sudu besar sos tiram

Gula, garam, perasa secukupnya

2 ulas bawang merah

Kalau nak letak udang kering atau ikan bils pun boleh (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk cili api dan bawang merah sehingga hancur.
  2. Kemudian, tumis cili yang ditumbuk tadi bagi bau cilinya hilang dalam 4 atau 5 minit. Pastikan api perlahan sahaja.
  3. Masukkan pula sos tiram, gula, garam dan perasa. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan terung yang telah digoreng terlebih dahulu. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shikin Shikin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x