fbpx

Resepi Apam Serabai Sukatan Cawan Untuk Minum Petang, Jom Cuba

iCookAsia

Peminat kuih tradisional mesti suka makan apam serabai. Apam serabai ini sedap dicicah dengan pelbagai jenis kuah, ikut kegemaran anda. 

Jom kita try.

Terima kasih untuk Samsinar Bustami atas perkongsian resipi Apam Serabai ini 😊


Bahan-bahan A:
2 sudu besar yis kering
1 sudu besar gula
Air suam cukup sekadar tenggelam yis (perap dalam 10-15 minit) sehingga nampak berbuih itu tanda nya yis elok

Bahan-bahan B:
1 cawan nasi
3 cawan air
Sedikit garam
Kisarkan sehingga halus

Bahan-bahan C:
4 cawan tepung beras
1 cawan santan (saya guna santan SAJI)
3 cawan air suam

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan C sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
2. Masukkan bahan A dan B ke dalam bahan C dan perap selama 2 jam.
3. Selepas 2 jam apabila adunan sudah kembang, kacau adunan supaya sebati.
4. Sapu sedikit minyak atas pan dan tuangkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Guna api perlahan dan tutup kuali masa masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Shida Ambok (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x