fbpx

Resepi Ikan Masam Manis, Mudah Dan Sedap

iCookAsia

Hidangan yang simple tapi kenyang bila dimakan dengan nasi panas. Memang nikmat, nak buat pun senang sahaja. Boleh masak untuk makan malam juga.

Jom try.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

1 ekor ikan

2 ulas bawang putih

Setengah labu bawang besar

1 biji cili hijau dan cili merah

4 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Selepas itu, perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing. 
  3. Sementara itu, ketuk dan cincang halus bawang putih, potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau.
  4. Jangan lupa untuk membalik-balikkan ikan. Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.
  5. Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. 
  6. Setelah itu, masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula cili. Kacau hingga layu.
  7. Kemudian, masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau hingga pecah minyak dan akhir sekali masukkan ikan. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x