fbpx

Ayam Goreng Madu CRISPY Chinese Style, Yang Penting HALAL, MURAH DAN SEDAP

iCookAsia

Ayam Madu Crispy Chinese Style atau Crispy Honey Chicken ni memang antara sajian Cina yang cukup popular. Tapi biasanya sajian ini masyarakat Cina ada meletakkan sedikit arak di dalamnya. Tetapi kalau teringin bolehlah makan di restoran Cina Muslim dan tentu halalan toyyiban. Jom kita cuba buat!

Bahan-bahan ayam goreng
Ayam
Bawang putih
Kicap manis
Lada hitam
Sesame Oil
Telur

Bahan-bahan sos
Madu
Kicap manis
Gula
Sos tomato
Cuka

Cara-cara membuat perapan ayam.
1. Potongkan dadu 4 ketul ayam.
2. Di dalam mangkuk, tambahkan kicap manis, garam, bawang putih yang telah dicincang, minyak bijan dan sedikit lada hitam.
3. Masukkan juga putih telur dan tepung jagung. Gaulkan hingga sebati.
6. Selepas gaul hingga sebati, tutup dan perap selama 30 minit.
7. Kemudian, sebelum menggoreng salutkan ayam bersama tepung jagung.
8. Boleh goreng hingga garing dan masak.
9. Untuk sos pula, masukkan gula, kicap manis, sos tomato, madu, sedikit air, cuka dan gaul hingga sebati di dalam mangkuk.
10. Masak seketika di dalam kuali dan boleh masukkan ayam. Gaulkan dengan sebati.
11. Siap dan boleh dihidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

#shahalam #food #travel

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x