fbpx

Masak Ayam Sambal Bawang, Fuh Memang Tak Terkata Sedapnya

iCookAsia

Makan Ayam Sambal Bawang dengan nasi, ada pula ulam-ulaman, memang padu rasanya. Confirm bertambah makan nasi. Lagi puas hati dapat makan hasil masakan sendiri. Lain macam nikmat dia.

Terima kasih Norashikin Ismail untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Sambal Bawang ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
Ayam gaul garam kunyit goreng separa masak
2 biji bawang besar (Mayang-goreng sampai kekuningan dan ketepikan)

Bahan B (Kisarkan):
1 biji bawang besar
Sehiris halia
3 ulas bawang putih

Bahan C:
3-4 sudu besar cili kering
Daun pandan
Kulit kayu manis + bunga lawang
2 sudu besar sos cili
Garam
Gula
Cili padi (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili kering dan gula. Jika sudah pecah minyak, masukkan sos cili ditambah dengan sedikit air.
  3. Boleh masukkan ayam yang siap digoreng tadi dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali, perasakan serta masukkan bawang yang siap digoreng tadi dan cili padi hijau. Gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x