fbpx

Mudah Dan Sedap, Terung Goreng Berlada. Simple Tapi Padu!

iCookAsia

Nak lauk yang simple, mudah dan sedap. Boleh cuba buat Terung Goreng Berlada ini. Memang puas hati bagi sesiapa yang suka makan sayur. Lagi perfect makan dengan nasi panas-panas. Nak ratah macam itu sahaja pun boleh. 

Jom try.

Terima kasih Juma Natull untuk perkongsian resipi Resepi Terung Goreng Berlada ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A :
Terung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Bawang besar (dihiris)
Ikan bilis (digoreng garing)

Bahan B (Untuk Ditumbuk Kasar):
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili besar merah
Cili padi

Cara membuat:

  1. Mula-mula, terung dibasuh dan dibelah tengah. Goreng dalam minyak panas, biar sampai masak tapi jangan lembik sangat. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kalau nak lebihkan kuah masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih.
  4. Seterusnya, masukkan terung yang telah ditoskan tadi dengan bawang besar yang dihiris. Biarkan kejap supaya sambal berlada sebati dengan terung.
  5. Akhir sekali, apabila sudah betul-betul masak, angkat dan gaulkan dengan ikan bilis goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Juma Natull(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x