Mesti ramai suka makan Sup Ketam kan? Bukan itu sahaja, Sup Ketam juga bagus untuk kesihatan diri dan ia dapat melegakan badan. Nak makan hirup macam itu sahaja pun sudah sedap dengan isi yang penuh dan segar.
Terima kasih Cma Isma untuk perkongsian resipi Sup Ketam ini 🙂
Bahan- bahan:
Ketam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serbuk rempah sup
Daun sup n bawang
Ubi kentang
Air
Minyak masak
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hingga sedikit garing.
- Kemudian, tambah sesudu serbuk sup dan masukkan air dan ubi kentang.
- Tutup periuk dan biarka ia mendidih.
- Masukkan pula ketam dan tutup periuk semula dan biar mereneh selama 5 minit.
- Perasakan dan tutup api.
- Akhir sekali, tabur hirisan daun bawang beserta daun sup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cma Isma(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity