fbpx

Pernah Makan Ayam Ungkep? Mesti Cuba Resepi Ini Tau!

iCookAsia

Kebiasaannya makan Ayam Masak Merah tapi kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi dari Facebook yang sangat mudah dan sedap. Sekali makan, mesti nak lagi. Puas hati tau dapat makan ini.

Jom try.

Terima kasih Norashikin Ismail untuk perkongsian resepi Ayam Ungkep ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
Ayam
2 batang serai (Diketuk)
1 keping asam keping
Garam
Gula

Bahan B (Kisar):
2 bji bawang besar
3 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi hijau
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1-2 sudu kecil jintan manis
1-2 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan bahan kisar dan serai sampai naik bau dan bertukar warna.
  2. Kemudian, masukkan ayam. 
  3. Gaul sebati dan biar ayam mesra dengan bahan tumisan baru. 
  4. Masukkan pula air dan asam keping.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Tutup kuali dan masak sehingga kuah agak pekat dan ayam empuk. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norashikin Ismail(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x