Kalau pergi pasar malam, mesti akan nampak orang jual Apam Nasi ini. Admin mesti beli sebab sedap tau. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati. Dapat makan banyak dan lembut sahaja rasanya.
Jom try.
Terima kasih Faidatul Husna Husna untuk perkongsian resepi Apam Nasi ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Kisarkan nasi dengan air sampai hancur
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 g yis kering
3/4 gula
Pewarna
Cara Membuat:
- Mula-mula, campur semua bahan B ke dalam 1 bekas.
- Kemudian, campur bahan A yang telah dikisar tadi dan kacau sebati.
- Perapkan dalam 1 jam, masukkan adunan acuan yang bersesuaian, sapukan acuan dengan minyak terlebih dahulu.
- Kukus dalam 15 minit, balut penutup dengan kain.
- Akhir sekali, hidangkan dengan kelapa parut putih yang digaul garam. Sedia untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faidatul Husna Husna(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity