Boleh buat untuk makan petang juga ni. Sangat sesuai bagi sesiapa yang suka makan sayur, boleh cuba buat Popia Sayur ini. Dengan kerangupan setelah digoreng, memang nikmat saat digigit.
Jom try.
Terima kasih Jom masuk DAPUR untuk perkongsian resipi Resepi Popia Sayur ini 🙂
Bahan- bahan:
Kulit popia
Sayur kubis
Carrot
Taugeh
Bawang Holland
Bawang putih
Maggi cukup rasa
Serbuk lada sulah
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga naik bau.
- Masukkan carrot, kacau sekejap masukkan taugeh dan sayur kubis. Teruskan kacau.
- Kemudian, masukkan Maggi cukup rasa dan sedikit serbuk lada sulah. Teruskan kacau.
- Masukkan pula cili. Kacau dan siap.
- Seterusnya, ambil sekeping kulit popia dan letakkan sayur goreng gulung biar kemas. Boleh lekatkan menggunakan air ataupun bancuhan tepung gandum.
- Akhir sekali, ulang proses yang sama hingga siap. Biarkan ia siap goreng hingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jom masuk DAPUR(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity