fbpx

Cara Buat Kuih Cara Yang Manis Dan Lembut, Gebu Bila Digigit

iCookAsia

Mesti ramai suka makan Kuih Cara kan? Sekali gigit memang sedap, dengan manis dan lembut, favourite betul. Paling best, cara nak buat senang saja. Buat sendiri dapat makan lagi banyak.

Jom try.

Terima kasih Norlela Lela untuk perkongsian resipi Resepi Kuih Cara ini 🙂

Bahan- bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau (Optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan. Nak kisar pun boleh. Kacau dengan senduk pun boleh. Biar sebati dan ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan acuan bahulu atau acuan cara. 
  3. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan dan biarkan panas. Baru masukkan adunan tepung tadi. 
  4. Masukkan gula di tengah dalam 1/4  sudu kecil atau ikut tahap manis masing-masing nak. Tutup.
  5. Akhir sekali, jika sudah kuning garing boleh diangkat. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norlela Lela(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x