Kalau di kedai, satu bekas biasa orang jual sehingga RM 4. Buat sendiri lagi best dan puas hati. Boleh adjust mengikut selera masing-masing dan paling penting, boleh makan banyak. Adunan yang betul baru dapat hasilkan Roti Jala yang lembut dan gebu.
Jom try.
Terima kasih Huda Ayob untuk perkongsian resipi Roti Jala ini 🙂
Bahan- bahan:
1 biji telur
2-3 sudu besar santan atau susu segar
2 cawan tepung gandum
1 cubit pewarna kuning atau kunyit
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
- Masukkan air sampai tenggelam tepung, boleh agak-agak dalam 2 cawan air atau mengikut cawan sukatan tepung.
- Ambil sudip panjang kacau-kacau untuk sebati.
- Bila sudah agak sebati, kisarkan.
- Waktu ini, perhatikan lubang pusaran tersebut sewaktu ia dikisar.
- Akhir sekali, sudah boleh mula menjala.
Tips:
- Jika nak tahu adunan tepung sudah cukup likat untuk dijalakan adalah dengan tengok “lubang pusaran”.
- Kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sikit sehingga lubang sebesar “jari kelingking”.
- Kalau lubang pusaran kecil, tambah air sikit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Huda Ayob
Semestinya kena ada Acuan Roti Jala, baru mudah kerja nak menjala. Boleh tengok sini: https://shope.ee/3fdDhqm0KD
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos