Pergi pasar malam mesti nak beli Apam Susu ni sebab sedap! Dengan saiz yang kecil, perfect je nak masuk mulut. Dengan rasa yang sedap dan lembut, baru nikmat nak makan. Tak puas makan sikit je.
Jom try.
Terima kasih Sharina Bidin untuk perkongsian resipi Apam Susu ini 🙂
Bahan- bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar ovallet
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
5 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/4 susu cair
1/2 cawan minyak masak
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan telur, ovalet, gula dan esen vanila. Kisar sehingga kembang.
- Masukkan pula susu pekat dan susu cair.
- Masukkan minyak masak dan kisar lagi sampai sebati.
- Seterusnya, tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan tepung sikit-sikit dan kaup bagi sebati.
- Panaskan kukusan sampai air mendidih.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan warna mengikut selera masing-masing.
- Oles sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan adunan menggunakan satu sudu kecil untuk setiap warna.
- Akhir sekali, kukus selama 10 minit dengan api besar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sharina Bidin(Facebook)
Boleh kukus guna ni, memang berkualiti. Meh tengok sini: https://shope.ee/6Uyin8JqtO
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos