Mak-mak kat rumah mesti dah taktahu nak masak apa untuk berbuka kan? Jom cuba resepi ayam mentega ni
Bahan-bahan
– 100g yogurt
– 1 sudu besar jus lemon
– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 2 sudu kecil garam masala
– 1 sudu kecil serbuk cili
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 75g kacang gajus
– 30g mentega
– 50ml minyak
– 1 batang kulit kayu manis
– 2 biji buah pelaga
– 1 keping daun bay
– 1/2 sudu kecil serbuk paprika
– 1 g tomato puri
– 100ml air
– 50ml krim masakan
– 500g ayam
– Garam
Cara membuat
1. Mula-mula kisarkan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus
2. Masukkan yogurt, jus lemon, serbuk kunyit, garam masala, serbuk cili, serbuk jintan manis ke dalam mangkuk dan gaul rata
3. Masukkan ayam dan gaul bersama campuran tadi. Perapkan seketika
4. Panaskan minyak dan mentega. Masukkan bawang, kayu manis, buah pelaga dan daun bay sehingga naik bau
5. Masukkan ayam, serbuk paprika, tomato puri, krimer santan dan air. Biarkan masak
6. Taburkan sedikit garam
7. Taburkan gajus semasa menghidang
8. Selamat mencuba
#icookasia #menuramadan #ayammentega
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/