fbpx

Ada Banyak Durian kat Rumah, Buat sendiri Durian Crepe

iCookAsia

Musim durian sekarang ni memang macam-macam resepi yang gunakan durian kan. Kali ini jom cuba buat Durian Crepe, boleh layan sambil tengok TV.

Terima kasih Yantie Mesran untuk perkongsian resipi Durian Crepe ini 🙂

Bahan-bahan:

5sb tepung gandum

5sb tepung ubi

2 sb tepung jagung

½ cawan susu cair (panaskan sekejap, biar suam)

½ cawan air biasa

1 biji telur

1 sudu minyak masak

Pewarna kuning

Bahan inti:

Non dairy whipping cream

Susu pekat sedikit

Isi durian (dicarik-carik)

Cara membuat:

  1. Blend semua bahan hingga sebati. 
  2. Tuang sesenduk di atas non-stick pan, nipiskan. Agak-agak dah tak melekat terus angkat dan sejukkan sekejap.

Gunakan SHEFU 32cm Eco Ceramic Non Stick Wok untuk hasil crepe yang cantik dan tidak melekat!

  1. Untuk inti, mix kan whipping cream dengan susu pekat.
  2. Letak krim di atas crepe tadi, kemudian letak isi durian dan lipat.
  3. Simpan di dalam peti. Boleh dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yantie Mesran (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x