Agar-agar kering antara kuih klasik yang masih popular sehingga ke hari ini. Menurut Amira Halil, cara membuatnya juga cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan ketuhar dan mixer.
Malah resipi kepunyaan ibunya ini juga menggunakan gula yang banyak untuk proses pengerasan berlaku. Tetapi jangan makan banyak sangat ya, nanti sakit gigi.
Bahan :
60 gm Agar-agar pek (agar2 tali)
1.4 kg Gula pasir
1600 ml Air
250 gm Gula batu
Pewarna sikit – ikut warna sesuai
Cara :
- Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
- Tuangkan ke dalam bekas. Apabila sudah keras sedikit baru boleh dipotong. Potong pakai pisau lekuk.
- Jemur di luar sehingga keluar gula. Bergantung pada cuaca, kalau panas terik, empat hingga lima hari sudah boleh kering.
- Resipi ini boleh mendapatkan empat tray penuh.
Kredit resipi & foto : Amira Halil
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/