Selain dibuat kuih atau masakan, bunga telang juga boleh dijadikan sebagai pewarna dalam minuman. Hanya rendam bunga telang di dalam air panas dan campurkan dengan laici.
Bahan :
10-15 kuntum bunga telang dibuang tangkainya dan direndam air panas
1 tin air laici
Gula secukup rasa
Air batu secukupnya
Cara :
1. Tapis air rendaman bunga telang.
2. Kemudian masukkan air bunga ke dalam air bancuhan laici. Warna biru akan bertukar kepada keunguan kerana air laici ada rasa masa. Jika mahu warna yang lebih ungu, perahkan lemon atau limau nipis ke dalamnya.
Sumber : Norlia Abdul Raman