Siapa sahaja yang tidak tahu Air Sagu Gula Melaka ini. Pencuci mulut ini menjadi semakin popular pada tahun lepas sewaktu musim PKP yang pertama. Hidangan yang kebiasaanya hanya dibeli di Bazaar Ramadan, kini ramai yang telah belajar untuk membuatnya di rumah. Senang sahaja, asal cukup bahan, betul caranya memang confirm sedap.
Terima kasih Dapur Kakhajjah untuk perkongsian resipi Air Sagu ini 🙂
Bahan-bahan:
250 gram biji sagu
4 cawan air
Pewarna
80 gram gula melaka
1/2 cawan air
gunakan susu cair saji
Cara membuat:
- Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam. Supaya biji sagu lebih cepat masak. Tak rendam pun tak mengapa. Cuma proses untuk masak itu lama sedikit.
- Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tidak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
- Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik).
Cara untuk sediakan air gula:
- Masukkan gula melaka, air ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat. Sejukkan air gula.
- Hidangkan bersama sedikit air gula dan susu cair Saji.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dapur Kakhajjah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/