Bulan puasa ini, apabila tiba waktu tengahari confirm kita sendiri terliur secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi jika cuaca pada hari itu panas. Nak minum, mestilah tak boleh. Tapi jangan risau. Boleh simpan apa yang ada teringin pada tengahari, dan beli atau buat/masak untuk berbuka nanti.
Haa, seperti pengguna Facebook ini di mana beliau membuat Air Soda Herbs untuk berbuka setelah terliur dan dahaga sepanjang puasa. Siapa sahaja yang tidak dahaga kan? Jom buat!
Terima kasih Mohamad Arymin untuk perkongsian resipi Soda Herbs ini 🙂
Cadangan hidangan: 6 orang dewasa
Bahan-bahan:
2 botol (1.2 L) Air Bikarbonat Ais Krim Soda
1 tin Laici
Daun Pudina secukupnya
Ais Secukupnya
*Boleh tambah 2 batang Serai (diketuk), asam boi dan Hirisan Lemon jika suka.
Cara penyediaan:
1. Masukkan Ais dan Laici ke dalam Jug.
2. Masukkan Daun Pudina, yang ni dipetik segar dari mini kebun depan rumah. Nak koyak koyakkan daun tu pun boleh.
3. Kemudian, masukkan Air soda. Dan kacau semua.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mohamad Arymin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/