Dengan keadaan cuaca yang cukup panas dan bahang, memang air sejuk sentiasa wajib ada di sisi. Dan jika korang cuba air ala vitagen ini, nikmat dan kepuasannya tidak terhingga, memang cukup menyegarkan badan.
Bila dibuat sendiri, terpulang kepada korang untuk mengolah kembali resipi mengikut kesesuaian masing-masing, jika tidak suka manis, hanya kurangkan susu.
Cuma ada langkah penting bagi memastikan air disediakan dengan sempurna. Caranya susu harus dibancuh dengan air suam supaya tidak pecah. Jika gunakan air sejuk, ia akan berketul dan gagallah air ala vitagen.
Bahan :
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara :
- Bancuhkan susu dengan air suam sehingga larut dan sekata.
- Selepas itu masukkan ais dan akhir sekali baru masukkan Sunquick.
- Wajib ikut langkah di atas supaya susu tidak pecah dan air ala vitagen tidak menjadi.
Kredit resipi & foto : Saleha Maarof
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/