Cuaca dekat rumah Admin selalu panas, hujan pun jarang. Jadi kalau dapat pekena Aiskrim Kelapa ni kan, rasa pula pure dan berlemak, memang feeling tepi laut la. Saudari ini ada berkongsi cara nak buat, jom kita cuba.
Terima kasih Nana Rena untuk perkongsian resipi Aiskrim Kelapa ini 🙂
Bahan-bahan:
5 biji kelapa muda
Esen vanila
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu tepung jagung (untuk gebukan aiskrim)
Cara penyediaan:
1. Ambil air kelapa, asingkan dengan isinya. Campur semua bahan.
2. Masak sehingga mendidih.
3. Ambil plastik aiskrim, masukkan isi kelapa. Tambahkan campuran tadi.
4. Masukkan ke dalam peti ais, dan boleh dimakan bila dah keras.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Rena (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos