fbpx

Akok

iCookAsia

Berikut resipi untuk membuat Akok:

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1) 5 biji telur itik

2) 1 cawan santan

3) 1/2 cwn gula melaka diracik halus

4) 5 sudu besar tepung gandum

5) 5 helai daun pandan

6) Secubit garam

Cara menyediakannya:

1. Mula-mula ramas telur bersama gula melaka yang diracik halus & daun pandan  hingga sebati. Keluarkan daun pandan.

2. Kemudian masukkan tepung gandum, santan & sedikit garam. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung atau boleh juga tapiskan adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung

3. Seterusnya panaskan acuan akok dan sapukan sedikit minyak. Setelah panas, tuangkan

bancuhan tepung akok tadi. Balik-balikkan dan angkat.

4. Akok sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x