Memandangkan bulan Ramadan disambut secara sederhana, namun pasti ramai yang rindukan bazar Ramadan, kami sajikan resipi kuih paling popular iaitu Kuih Akok. Mudah sahaja membuatnya, jika tiada alat pembakar yang sesuai, bakar sahaja menggunakan bekas muffin di dalam ketuhar seperti biasa.
Cara menggunakan ketuhar, panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan kosong terlebih dahulu ke dalam oven sehingga tray agak panas.
Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. Keluarkan ketika masih panas.
Resepi akok
Bahan :
6 biji telur
2 keping nise / gula melaka besar (kalau yang kecil 3 keping)
1 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan tepung gandum
1/4 cawan air
Cara :
1. Masak gula melaka atau nise dengan air, selepas itu kisar semua bahan di atas sehingga sebati, gunakan tangan sahaja.
2. Siap untuk dibakar. Pemilik resipi menggunakan Trio Cupcake.
Sumber : Sitisarah Hamid