Kalau menggunakan oven atau bakar gunakan periuk susah, apa kata guna resipi ini. Hanya masak biskut dalam kuali. Agak unik cara ni, memang mudah nak buat biskut raya.
“Bila terlalu rajin erk ? Apa x uleh smua ulehh 😂😋…Almond london kuali ku bkn kuali mu aiyoo 🤣 ..Kita share la resepi gugel je_70biji *sukatan cawan.”
Bahan :
250 gm butter – bahagi dua, pakai separuh je
½ cawan Gula halus
Sebiji telur
1 sk Esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sb susu tepung (fernleaf)
Cara :
1. Gaul sebati semua bahan, kalau lembik boleh tambah sedikit tepung.
2. Kacang badam dibakar atau disangai dahulu.
3. Gunakan kaedah double boil, cairkan coklat. Masukkan sedikit minyak supaya licin.
4. Sapukan kuali dengan butter dan panaskan kuali. Gunakan api paling perlahan. Seeloknya biarkan kuali panas dan baru letakkan biskut.
5. Letakkan biskut yang telah digentel dan tutup dengan tudung periuk.
6. Tunggu dalam 2 atau tiga minit dan golek-golekkan biskut. Perlahan-lahan supaya tidak hancur. Jangan bimbang almond senang masak.
7. Angkat dan celup dalam coklat.
Sumber : Syamiza Atikah