fbpx

Amboi Sedapnya Resepi Ayam Masam Manis Ala Thai Ni. Ada Rasa Pedas Juga. Yang Penting Rasa Yang Secukupnya!

iCookAsia

Sudah bosan masak lauk yang sama setiap hari? Apa kata anda masak hidangan yang berlainan iaitu hasil perkongsian seorang pengguna Facebook ini. Kata beliau, resipi ini dapat daripada seorang tukang masak di kedai. Kemudian, di olah mengikut citarasa dan style sendiri. Nampak sedap. Jom cuba?

Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi Ayam Masam Manis Ala Thai ini 😀

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (gaul sedikit garam kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing)

Bahan kisar (jangan kisar sampai terlalu halus)

1 1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Sedikit halia

10-15 biji cili padi (boleh kurangkan jika tidak suka pedas)

2 batang serai (dipotong hiris)

(kisar semua bahan ini tetapi jangan terlalu halus)

Bahan lain

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos ikan

3-4 helai daun limau purut (dicarik-carik)

1 1/2 sudu besar gula 

Sedikit garam

Sedikit bahan perasa

1 cawan air untuk kuah

2 senduk minyak untuk menumis

5-6 biji cili padi (hiris membulat) *pilihan sendiri

1 biji bawang besar (hiris membulat)

Sedikit daun ketumbar (boleh letak daun sup kalau tidak ada stok di rumah)

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan gula, sedikit garam (jgn byk) dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing.
  2. Selepas itu, masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut. 
  3. Kemudian, masukkan ayam dan air. Gaul rata. Apabila sudah mendidih dan kuah menjadi pekat, masukkan bawang besar dan cili potong. Gaul hingga rata dan sesuaikan rasa.
  4. Taburkan daun ketumbar (kalau ada) dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Mudah tak? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x