fbpx

Apam Balik Gebu Inti Pulut Hitam. Sedap Di Makan Waktu Berbuka. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Apam Balik mempunya dua jenis. Satu yang nipis dan rangup dan yang kedua, adunannya tebal dan lembut. Jika anda tahu tempat yang sedap, sejenis yang tebal ini biasanya betul-betul gebu. Intinya pula kebiasaanya jagung dan kacang la kan?

Tapi jarang sangat kita jumpa Apam Balik yang berinti kan Pulut Hitam. Betul tak? Hanya yang betul-betul sahaja makan. Kalau anda penggemar hidangan sebegini, dan anda rasa susah untuk jumpa pada siapa yang jual, boleh la cuba buat sendiri di rumah. Ikut sahaja resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Confirm menjadi!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Apam Balik Pulut ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 sudu kecil baking powder 

1/2 sudu kecil garam

1 cawan susu cair

1 cawan air

1/2 cawan minyak masak

2 biji telur

Cara membuat:

  1. Bancuh kesemua bahan hingga sekata (guna blender pun boleh). Biarkan seketika (10 minit).
  2. Panaskan pan (non-stick).sapukan sedikit margerin.
  3. Bila sudah panas, masukkan 3 senduk bancuhan (kalau nak lagi tebal pun boleh). Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
  4. Taburkan gula dan masukkan pulut. Lipat dan biarkan seketika (2-3 minit) dalam pan. Angkat dan hidangkan.

Bahan untuk Inti pulut (pulut hitam dan putih):

  1. Basuhkan beras pulut (sama banyak pulut hitam dan putih- jadikan 1 1/2 pot) dan rendam selama 3 jam. Setelah itu, toskan dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan air (1 3/4 pot). Letakkan 1/2 sudu kecil garam, daun pandan dan 3 sudu besar minyak masak). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan air dalam kukusan. Bila sudah mendidih bolehlah dikukus pulut (1 jam).  Apabila sudah masak, gaulkan pulut dengan kelapa parut putih (1/2 biji). Sedia untuk dimasukkan ke dalam apam balik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x