Apam kampung ini tidak menggunakan sebarang pewarna, sebaliknya warna coklat terhasil menerusi campuran gula melaka. Resipi apam perkongsian Noriza Awang Hamat ini cukup gebu dan kekal lembut walau keesokan harinya.
Bahan A :
3 cawan Tepung gandum
1 paket Yis mauripan
Bahan B :
1/2 cawan gula pasir
2 keping nise/gula Melaka
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
2 cawan air
Cara :
- Campurkan bahan A dan sebatikan.
- Bahan B pula dimasak sehingga gula hancur dan kemudian sejukkan.
- Campurkan kedua-dua bahan dan perap selama sejam.
- Sambil itu boleh panaskan pengukus. Jangan lupa sapukan sedikit minyak dekat loyang.
- Selepas adunan siap diperap, kacau dahulu adunan untuk membuang angin dan terus masukkan ke dalam loyang. Kukus selama setengah jam. Jangan lupa tutup tudung pengukus supaya air kukusan tak terjatuh dalam adunan.
- Kukus juga kelapa parut putih bersama sedikit garam untuk mengelakkan santan cepat basi dan masam.
Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/