fbpx

Apam Pisang Kukus Yang Lembut Dan Tersangat Gebu. Guna Bekas Lompang Je, Baru Cantik Elok Rupanya.

iCookAsia

Kek Pisang dah biasa sangat kan walaupun masih mendapat sambutan ramai hingga kini. Tetapi, apabila terjumpa resipi di bawah ini, nampak menarik pula. Kalau ada majlis keramaian ni memang best kalau dihidang. Tak kira umur, dari budak kecil ke dewasa mesti suka Apam Pisang ni. 

Terima kasih Baharin Zakaria untuk perkongsian resipi Apam Pisang Kukus Moist ini 🙂

Bahan 1:

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

(diayak semua bahan)

Bahan 2:

1 1/2 cawan pisang emas/berangan yang dilenyek

1 cawan minyak masak

1 cawan gula 

3 biji telur

Cara membuat:

  1. Kisar telur dan gula sampai sebati.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar tadi dengan pisang lenyek dan minyak masak.
  3. Kemudian, masukkan bahan 1 yang diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan 2. Gaul sampai sebati, jangan sampai tepung berketul.
  4. Masukkan kedalam bekas lompang ½.
  5. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Tips:

  1. Tutup penutup kukusan dengan kain.
  2. Nak bagi urat pisang lawa, pisang jangan di blend, lenyekkan sahaja.
  3. Kalau nak buat banyak, cuma gandakan sahaja adunan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Baharin Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x