fbpx

Apam Polkadot Versi 3D Yang Tak Berapa Nak Menjadi. Tapi Masih Sedap Dan Cantik Hasilnya.

iCookAsia

Apam Polkadot ini antara resipi yang sangat popular dan mudah untuk dibuat. Lebih-lebih dengan menggunakan teknik mengukus. Senang sangat. 

Kali ini, resipi Apam Polkadot agak berlainan. Kreatif sangat seorang pengguna Facebook ini kerana beliau membuat corak 3D yang sangat cantik. Lepas ni boleh la buat corak ikut suka anda. Yang penting, sebelum mengukus tu, pastikan air kukus betul sudah mendidih okay! Baru menjadi Apam Polkadot 3D kita ni. 

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Apam Polkadot ini 🙂

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

(ayak bersama)

3 biji telur gred A – dari peti sejuk

1 cawan gula kastor

1 sudu besar ovalette

3/4 cawan susu segar/susu cair

1 sudu kecil esen vanila

Filling strawberry/blueberry dan lain-lain

Pewarna (ikut suka)

Cara membuat:

  1. Mixer telur.. gula dan ovallete dengan kelajuan maxima hingga kembang dan menjadi warna putih.
  2. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Sambung mix paling minima hingga sebati.
  3. Masuk esen vanilla. Mix sekejap bagi semuanya sebati.
  4. Bahagi dan warna kan adunan. Yang plain biar lebih. Setiap warna pelangi tu ambil 1 senduk sahaja dan warna kan. Masuk dalam piping bag.
  5. Isi papercup dalam acuan kuih lompang. Picit/tekan yang plain sedikit. Paipkan filling kemudian tutup semula dengan paip yang plain.
  6. Permukaan atas picit kan sikit-sikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Buat sehingga habis.
  7. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukus api sederhana besar selama 10 – 12 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x