fbpx

Apam Susu Warna Warni. Resepi Yang Sangat Mudah Dan Sedap. Senang Je Nak Buat!

iCookAsia

Hidangan Kek Apam Susu ini sudah menjadi popular sejak musim PKP pada tahun lepas. Disebabkan bahan yang sangat mudah untuk dapatkan dan juga cara membuatnya sangat senang. Boleh dikatakan resepi ini antara resepi yang Anti-Gagal lah. 

Ada yang belum cuba ke? Jom buat!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Apam Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji telur (suhu bilik)

1 cawan gula kastor

1 sudu besar ovalette

3 sudu besar susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla

Bahan lain:

2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  1. Semua bahan di atas, diputar menggunakan mixer pada kelajuan tinggi sehingga putih, gebu dan ringan. Seelok- eloknya 10 hingga 20 minit supaya betul-betul gebu.
  2. Kemudian baru masukkan tepung gandum dan sebatikan menggunakan kaedah kaup dan balikkan sahaja.
  3. Setelah sebati, bahagikan kepada beberapa bekas untuk letakkan warna kesukaan anda. Sebelum itu sapukan loyang dulu dengan butter atau minyak dan bolehlah masukkan adunan tadi ikut kreativiti anda.
  4. Setelah siap bolehlah kukus selama 30 minit atau sehingga masak dengan api yang kuat. Jangan lupa panaskan pengukus dulu tau. Kalau boleh, balutlah tudung pengukus supaya airnya tidak menitis ke atas apam. Ini untuk mengelakkan apam dari menjadi bantat dan tidak cantik. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x