Pasti ramai yang akan berkunjung ke Melaka semata-mata untuk menikmati asam pedas popular di sana kan? Sedapnya sampai licin kuah dihirup. Tapi korang jangan tak tahu, korang pun boleh masak asam pedas tersedap untuk keluarga di rumah.
Ikut sahaja resipi perkongsian Nor Haidah Md Said.
Bahan :
Ikan / Ayam / Daging
Bahan kisar :
Cili kering – rebus sampai betul-betul lembut
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup / Serbuk kunyit
Belacan
Bahan :
Serai – dititik
1 labu Bawang besar – hiris
Daun kesum
Air asam
Bendi, terung, tomato
Cara :
- Panaskan minyak, biarkan lebih.
- Tumis serai dan bawang besar hiris. Apabila sudah naik bau dan perang baru masukkan bahan kisar. Tumis sehingga betul-betul garing dan cantik pecah minyak. Tutup dengan tudung periuk jika tidak mahu dapur berkecah.
- Apabila sudah garing, masukkan air asam jawa, kemudian daun kesum.
- Tambahkan lagi air mengikut kepekatan yang disukai.
- Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
- Biarkan mendidih. Masukkan terung dahulu kerana terung lambat empuk. Apabila terung sudah empuk baru masukkan ikan.
- Jika masak kepala ikan yang besar, masukkan kepala dahulu dan baru masukkan isi kerana isi cepat hancur.
- Bendi dan tomato dimasukkan akhir sekali, lima minit sebelum tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto : Nor Haidah Md Said
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/