fbpx

Asyik Roti Telur Kosong Je Kan? Letak Banyak Bahan Dan Cheese Dalam Resipi Ni, Confirm Sedap!

iCookAsia

Dah bosan buat Roti Telur kosong? Kali ni, jom cuba untuk kita ubah suai atau meriahkan Roti Telur dengan resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini. Yang paling best ialah bila beliau letakkan cheese dalam resipi ni. Haa.. baru ada selera untuk buat sarapan pagi kan?

Terima kasih Noriza Awang Hamat untuk perkongsian resipi Roti Telur Cheese ini 😀

Bahan-bahan:
8 keping roti
4 keping chesdale
4 biji telur
1 biji bawang Holland
1 biji cili merah
Daun sup
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk Cukup rasa

Cara membuat:
1. Satu kan ke semua bahan dan panas kan kuali leper dengan meletakkan sedikit planta.
2. Celup kan roti kedalam adunan telur tadi. Kemudian goreng roti.
3. Seterusnya, letakkan chesdale ditengah roti semasa roti masih panas untuk chesdale itu cair di dalam roti.
4. Akhir sekali, potong roti mengikut cara masing-masing.

Siap untuk dihidang! Mudah kan?

Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x