Selamat berpuasa buat semua. Sempena hari pertama bulan Ramadan, iCookAsia akan berkongsi resipi istimewa Ayam Bakar Berempah yang cukup membuka selera. Bukan sahaja menyelerakan, namun menu sihat ini sesuai untuk mereka yang sedang diet.
Bahan :
1 ekor ayam (potong 4)
1 bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sb gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sb serbuk cili
1 sb kunyit
4 sb sos tiram
1 sb serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sb serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sb jus limau
2 sb butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Cara :
1. Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
2. Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 250c selama 60 minit.
Sumber : Pari Malar Thoraisingam