Selalunya resipi ayam bakar yang dicuba sebelum ini, majoriti hanya menitipkan langkah perap ayam bersama bahan beberapa jam dan kemudian terus dibakar.
Namun cara yang dikongsikan Rosma Ros agak berbeza kerana selepas ayam diperap, ayam dimasak sekali lagi bersama bahan perapan sehingga mendidih supaya rasanya lebih mantap selepas dibakar. Tak percaya? Cubalah.
Bahan kisar :
Cili kering ikut kepedasan
5 biji Cili besar merah
7 biji Cili api
2 ulas Bawang besar
5 Ulas Bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
Seinci lengkuas
Seketul Kunyit hidup
2 sb Biji ketumbar
2 sb jintan manis
Bahan lain :
Sedikit sos cili
Daun pandan – simpul
Garam
Gula
Pati ayam
Perasa
Santan daripada 1 1/2 Biji kelapa
Cara :
- Kisar semua bahan sehingga halus.
- Kemudian masukkan semua bahan dalam kuali dan masak sehingga pekat.
- Apabila kuah sudah pekat, perap ayam sekurang-kurangnya satu jam. Perap lebih lama lebih sedap.
- Selepas itu masak kembali ayam bersama bahan perapan sehingga mendidih. Biarkan bahan perap betul-betul bersalit dengan ayam. Asingkan ayam dan kuah.
- Boleh bakar ayam menggunakan arang atau ketuhar. Jika masak gunakan ketuhar bakar pada suhu 230c selama 60 minit dan golek-golekkan ayam.
- Lebihan bahan kuah perapan boleh dicurah atas ayam atau dibuat cicah.
Kredit resipi & foto : Rosma Ros
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/