Ayam Gepuk Pak Gembus ini memang sesuai sangat bagi anda yang suka makanan yang pedas.
Tiada sesiapa pun yang tahu apakah ramuan rahsia ayam goreng mereka kerana rasanya memang rangup dan betul-betul puas hati. Setiap ayam goreng di sini disediakan dengan cara ‘made to order’. Jadi, ayam goreng yang anda dapat memang betul-betul panas, segar dan rangup.
Kita beralih pula kepada sambal mereka yang terkenal ini. Disini anda boleh pilih sendiri tahap pedasnya iaitu dari 5 cili padi,10, 15, 30 , 100 dan 300 pun ada!!! Mereka akan menambah beberapa ulas bawang putih mentah, sedikit gajus untuk menambahkan rasa ‘kacang’ dan akhir sekali sedikit minyak panas. Bagi yang pertama kali nak cuba ayam gepuk ni, kami cadangkan agar anda bermuula dengan tahap 5 dahulu.
Mungkin ramai yang beranggapan ayam gepuk ini sama seperti ayam penyet yang lain. Sebenarnya rasa sambal ayam gepuk ini sangat berbeza dan ia memiliki rasa yang tersendiri. Nak tahu macam mana rasanya? Anda perlu cuba sendiri.
Lokasi restoran yang kami cuba ini adalah di Seksyen 7, Shah Alam. Kami difahamkan mereka mempunyai beberapa cawangan seperti di Keramat, Selayang dan Gombak.